Kelas Asas Microsoft Office Excel & Keusahawanan
24 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 July 2017 (09:00 AM – 05:00 PM) yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Asas Microsoft Office Excel di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 5 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Office Excel 2013 dan cara membuat pengiraan ringkas. Kelas seperti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para peserta membuat pengiraan dengan mudah tanpa menggunakan kalkulator dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, para peserta juga didedahkan dengan isu-isu di internet melalui taklimat ringkas advokasi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada usahawan dan keusahawanan, menjana idea perniagaan dan pemasaran atas talian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta dalam perniagaan dan seterusnya dapat memupuk minat para belia untuk menceburi bidang perniagaan.
Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Excel serta dapat membezakan penggunaan Microsoft Word dan Powerpoint pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: